Cerita Kami



Bismillahirrahmanirrahim.


Hi, nama saya Melda. Gambar di atas adalah gambar saya bersama anak perempuan saya, Nur Melora berumur sekitar 1 tahun. Beliau adalah bayi perempuan yang seringkali disalah anggap tentang jantinanya kerana rambut yang nipis & kurang lebat. Seperti ibu-ibu lain, saya amat risau tentang masalah rambutnya, maka bermulalah sesi 'research' produk/hacks terbaik untuk masalah rambut ini.

Tak sangka, Minyak Kelapa Dara yang sering saya amalkan sejak mengandung ni, rupanya ada juga manfaat bagi masalah rambut kurang lebat. Selain itu, masalah ruam lampin juga boleh diatasi dengan Minyak Kelapa Dara. Jadi, sejak mengetahui akan khasiat & manfaat Minyak Kelapa Dara, ianya wajib ada dengan saya sepanjang masa setelah menjadi ibu. Macam-macam jenama telah saya cuba, sehinggalah saya menyedari bahawa tiada jenama Minyak Kelapa Dara yang dijual pada harga RM10.

Idea Botol Kecil- RM10

Idea ini muncul apabila saya terlupa untuk bawa botol Minyak Kelapa Dara bersama saya ketika di rumah ibu di Shah Alam. Saya terus bergegas ke kedai bayi berdekatan untuk membeli Minyak Kelapa Dara. Semasa pembayaran, nasib saya kurang baik ketika itu. Cuma wang helaian RM10 yang ada di dalam purse saya. Kedai bayi itu juga memberitahu bahawa sistem 'debit card' tergendala. Jadi situasi itu memberi cetusan idea kepada saya "Kalaulah ada Minyak Kelapa Dara yang cuma berharga RM10."

Memperkenalkan,


#MeloraCocoOil oleh Melora Beauty Care, 
Minyak Kelapa Dara Mini 30ml berharga Rm10.00 di dalam botol pump kecil, mudah dibawa, picit sahaja tanpa perlu ditebuk, mahupun dituang, travel friendly dan selamat untuk di makan. Penggunaan yang sangat mudah, hanya pump sahaja terus ke kulit ataupun ke dalam mulut.

"Setitik Seribu Manfaat" merupakan slogan rasmi kami seiring dengan khasiat Minyak Kelapa Dara yang telah terbukti berkesan dalam menyelesaikan pelbagai masalah luaran dan dalaman manusia. Penggunaannya juga tidak terhad kepada usia muda mahupun tua.

Jadi saya membina jenama Melora Beauty Care (Home Based Business) dan saya ingin memikul tanggungjawab untuk memperkenalkan khasiat Minyak Kelapa Dara ini kepada masyarakat Malaysia yang saya rasa kurang popular bagi menyelesaikan masalah selain daripada pregnancy & bayi seperti gigi kuning dan luka kecil. Saya mahu penggunaannya dikongsikan yang tidak terhad kepada Ibu Mengandung mahupun bagi mereka yang mempunyai masalah rambut semata-mata. 

Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Mampu Milik Yang Terbaik dalam menyelesaikan 1001 masalah yang sering kita hadapi. Tidak hairanlah mengapa ianya digelar sebagai 'Miracle Oil' oleh para Saintis yang telah melakukan kajian terhadapnya. Kita juga harus berbangga mempunyai Saintis 'Coconut Lady' dari Malaysia iaitu Dr Kamariah Long yang sekarang adalah Pengarah Program Bio-Pemprosesan dan Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan Gred Khas di Pusat Penyelidikan Bioteknologi, MARDI.